Saturday 14 April 2012

KARNIVAL INOVASI DI AL-BUKHARI INTERNATIONAL UNIVERSITY

Keluaran terbaru kismis Syifa' kotak,sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar amat-amat dialukan
Pelbagai Jenis Cuka seperti kurma,epal dan lain2

Produk2 Timur Tengah,susu unta

Rempah untuk Nasi Beriani

Cuka

Jus Kurma,Air Zamzam,Jus Buah Pala

Sabun Sofron,Aleo Vera,habbah sauda'

Air 30 Juzuk

Tanggal 13 & 14/04,kami telah mengadakan jualan di Dewan Kovensyen di Al-Bukhari International University,Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk ini,boleh ke pusat rawatan

Friday 6 April 2012

Jualan Pemakanan Sunnah Nabi

JUALAN PEMAKANAN SUNNAH DI WISMA PERSEKUTUAN ANAK BUKIT



Saudara Fahmi (Pembantu jualan) bersama pelajar Tahfiz Al-Quran Derga

kelihatan beberapa orang pelajar tahfiz yang membantu menjual barang

Madu,Minyak Kelapa Dara,Jeruk Buah Zaiton Dan Lain2

Di antara makanan Sunnah yang dijual

Makanan kesihatan yang di jual

Ketika melawat tapak jualan

Tuesday 1 November 2011

Kegunaan Garam

"Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat. Hadis Nabi Muhammad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makanan manusia. Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagong rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa/selera.

Manusia dijadikan dari 4 unsur – Tanah , Air , Api dan Angin,. …. Garam datang dari unsur Tanah. Garam berasal dari laut dan dari bukit. Banyak kegunaan garam…. - pengawit ikan supaya tidak busuk. - menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak. - Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak. - Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.

Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan....maka jadi lah darah tinggi...kenapa jadi gitu.... kerana nafsu makan, balun apa saja. Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam.

Antaranya: Penyakit Gaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut. Kalu dok bando macam KL mana ada pantai… goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yang benggkak atau sakit. Garam tu bunggkus lah dengan kain.

Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lengoh-lengoh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalu sakit lelah demah/tuam tapak kaki. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani, bersukan dll - minum air suam dan sedikit garam. cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan.

Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir. Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.

1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya.

Insyaalah tidak mengigau lagi.

2. Tabor garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin. Semoga dengan ilmu yang disampaikan oleh ustaz ini dapat menjadi panduan dan diamalkan. Insyaalah semoga kita dirahmati oleh Allah. "

Saturday 22 October 2011

Air Zamzam,Madu dan Kasturi

Pendapat tentang ayat benteng dari sihir.

Dari Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki memberitahu, sihir itu jelas memang ada dan terjadi dalam masyarakat dunia khususnya di Malaysia ataupun Indonesia.

Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki belajar dengan pendapat orang-orang yang tahu tentang sihir, yang sudah mengenali sihir, yang mengenali jampi-jampi dan sihir serta yang mengenali alam jin dan alam ghaib, tidak ada yang paling berkesan selain daripada Manzil dengan membaca setiap pagi, petang dan malam. Pada sebelah malam, dibaca surah ad-Dukhan. Juga boleh digunakan hizib-hizib dan aurad-aurad dibaca sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Pendapat tentang khadam dan pendamping dari Jin.

Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki dengan keras mengatakan, jangan meminta tolong dengan jin walaupun jin itu mendakwa dia adalah wali kerana misi jin ini agar manusia lupa daratan, lupa hukum, leka, bongkak, sombong dan masuk neraka. Jin mempunyai sifat iri hati kepada manusia sejak dari kejadian Adam. Jin yang menganggu kehidupan manusia, yang berkawan dengan manusia dan juga memusnahkan hidup manusia adalh jin islam yang fasik apatah lagi yang kafir yang jelas-jelas diri jin itu adalah syaitan! Jin yang baik tidak akan mengganggu hidup manusia dan tidak mahu bersahabat dengan manusia kerana larangan Allah dalam surah Al-Jin itu sendiri.

`Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." - Surah Al-Jin:6

Berdoalah terus kepada Allah dan hanya meminta tolong dariNYA kerana dalam masa yang sama, malaikat-malaikat akan berdoakan memohon keampunan kepada kita. Lihatlah, berapa banyak darjat kita diangkat bila kita hanya memohon pertolongan dari Allah.

Renungan bersama dari Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki: Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.

Madu, Air Zam-zam dan Kasturi

Seterusnya, kita teruskan tajuk Madu, Air Zam-zam dan Kasturi. Ini hanya amalan, dan bukan tujuan pengijazahan. Sudut pandangan dan sanad Madu, Air Zam-zam dan Kasturi Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki dan Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman sanadnya terus kepada As-Sayyid Alawi Al-Maliki Al-Hasani dan tidak lupa juga Syaikh Hayat Ali Ridzha Al-Khiyami an Naqsyabandi dalam sanadnya tentang kasturi.

Madu

Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, Surah Al-Nahl: 68 - 69. Ringkasan Ayat ke 69 ini juga menjadi ruqyah bagi madu.

يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ
Maksudnya : “dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia”.

Dalam kitab, “ الحث على حفظ العلم ” oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa :

Maksudnya: “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan”.

" Tiap-tiap penyakit ada ubatnya, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan yang haram," demikian pesanan Nabi SAW kepada umatnya.

Suatu ketika Nabi dikunjungi Abu Said Al-Khudry dan mengadukan tentang saudaranya yang sedang sakit. Dia ingin mendapatkan pertolongan Nabi untuk mengubati penyakit itu.

"Minumlah madu," demikian Nabi berpesan kepada Abu Said.

Abu Said segera pulang menemui saudaranya yang sedang sakit lalu mmenyuruhnya mmeminum madu sepertimana pesanan Nabi. Tetapi tidak juga sembuh, malah kelihatan seperti bertambah sakit. Beliau kembali menemui Nabi dan memberitahu keadaan sakit saudaranya itu.
"Allah tetap benar, hanya perut saudara engkau yang berdusta," jawab Nabi SAW kepada Abu Said.

Baginda menyuruh meminum madu itu lagi. Abu Said segera kembali ke rumah dan menyuruh saudaranya meminum madu lagi. Namun sakitnya belum sembuh sehingga diberitahu lagi kepada Nabi SAW dan baginda tetap menyuruh minum madu itu sampai empat kali. Akhirnya sembuh dan Abu Said menemui Nabi memberitahu hasil yang menggembirakan.

"Allah tetap benar, hanya perut saudara kamu yang berdusta," demikian Nabi mengulangi kata-katanya dahulu.

Madu kemudian dikenali sebagai satu ubat yang baik diminum untuk kesihatan manusia. Nabi SAW telah memberitahu kepada umatnya sejak dahulu lagi.

(Doa untuk amalan, dan bukan pengijazahan.
Sanad 1: Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman sanadnya terus kepada As-Sayyid Alawi Al-Maliki Al-Hasani dan
Sanad 2: Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki.)

Air Zam-zam

Dalam Annasoih Addiniah Wal Wasoya Al-Imaniah (Tasauf dan Akhlak) berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas:
"Maknanya, barangsiapa yang minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang saleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).

Air Zam-zam mempunyai keistimewaan yang tersendiri, sehingga Nabi pernah menyebut akan keistimewaan ini.
مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ
Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Adab Minum Air-Zam

1. Menghadap kiblat.
2. Menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebelum minum.
3. Bernafas sebanyak tiga kali ketika minum dan ketika bernafas itu hendaklah di luar bekas atau gelas itu (yakni tidak minum dengan sekali teguk sehingga habis, bahkan minum dengan berhenti sebanyak tiga kali).
4. Minum sehingga kenyang, kerana orang munafiq tidak meminumnya sehingga kenyang.
5. Mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala setelah selesai minum.
6. Setiap kali mengambil nafas ketika minum air zamzam, melihat ke arah Kaabah.
7. Sunat masuk ke tempat perigi zamzam dan melihatnya. Kemudian menggunakan timba yang ada di sana lalu meminumnya serta memercikkan air zamzam itu ke kepala, muka dan dada.
8. Memperbanyakkan doa ketika minum dan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.





Sunat dibaca seperti di bawah ini:

اَللَّهُمَّ إِنَّهُ قَدْ بلَغَنِي عَن نَبِيِّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمْ أَنَّهُ قَالَ : مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ، وَأَنَا أَشْرَبُهُ لِكَذَا،،،،،،،،،

Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya telah sampai kepadaku NabiMu Muhammad saw bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." Dan aku meminumnya supaya…………."

Sesudah membaca seperti di atas, berdoalah lagi untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat, kemudian membaca bismillah, lalu minum dan mengambil nafas sebanyak tiga kali. ‘Abdullah bin ‘Abbas Radhiallallahu ‘anhuma berdoa ketika minum air zamzam:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كلِّ دَاءٍ وَسَقَمٍ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon padaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan sembuh daripada segala penyakit."

Untuk memohon keampunan atau kesembuhan daripada penyakit, bacalah doa seperti di bawah:
أَللَّهُمَّ إِنَّهُ بلَغَنِي أَنَّ رَسُوْلُكَ (صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمْ ) قَالَ : مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ ، اَللَّهُمَّ إِنِّي أشْرَبُهُ لِتَغْفِرَ لِيْ ، اَللَّهُمَّ فَاغْفِرْ لِيْ ، اللَّهُمَّ إِنيْ أشْرَبُهُ مُسْتَشْفِيًا بِهِ مَرَضٍ ، اللَّهُمَّ فَاشْفِنِي
Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa RasulMu saw bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminumnya supaya Engkau ampuni dosaku, Ya Allah ampunilah aku. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminumnya supaya Engkau sembuhkan sakitku, Ya Allah sembuhkanlah aku."

Selepas itu diminum seteguk,kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah. (Doa untuk amalan, dan bukan pengijazahan.
Sanad 1: Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman sanadnya terus kepada As-Sayyid Alawi Al-Maliki Al-Hasani dan
Sanad 2: Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki.)

Kasturi

'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.'





Dari 'Aisyah r.a, "Seorang wanita bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang cara mandi dari haid. Beliau lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Beliau bersabda: "Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah." Wanita itu bertanya, "Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: "Bersucilah dengan kapas itu!" Wanita itu berkata lagi, "Bagaimana caranya aku bersuci?" Beliau bersabda: "Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!" Wanita itu bertanya lagi, "Bagaimana caranya?" Maka Beliau berkata, "Subhaanallah. Bersucilah kamu!" Lalu aku menarik wanita itu kearahku, lalu aku katakan, "Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu." (HR al-Bukhari)

Minyak kasturi amat mewah di Malaysia. Dari yang tiruan hingga ke asli. Juga terdapat berbagai warna dan jenis. Perbezaan antara tiruan dan asli ialah dari segi tahan lama baunya yang kekal lebih 3 jam jika terkena melakukan aktiviti luar dan tahan selama 3 minggu jika disapu dibaju dan tidak dikeluarkan dari almari.

Kasturi - Kenali bauan tubuh rasulullah
Kasturi berasal dari kijang yg besar yang tiada ekor dan tanduk dan diperolehi dari kijang jantan dewasa. Ia terkandung di dalam kandi. Tujuan Allah jadikan kijang ada kandi yang wangi ini ialah untuk tujuan mengawan. Di dalam kandi itu terdapat biji-biji. Apabila kandi atau biji tadi di masak, ia mengeluarkan bau yang wangi.

Cara menguji ketulenan kasturi ialah dengan mencucuk jarum pada bawang putih, kemudian celup pada kasturi, jika bau busuk bermakna kasturi itu tidak asli (kasturi kimia seperti di pasaran dijual RM2-5 sebotol 8ml atau produk komersial seperti Body Shop white musk)

Khasiat kasturi untuk mengubati sawan, histeria, pukau, kelumpuhan, selusuh (mudah bersalin), dan juga tujuan haruman sunnah nabi. Sesungguhnya bau badan nabi itu berbau kasturi.

Dari Abu Hurairah,ia berkata:
قال رسول الله:((طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه,وطيب النساء ما ظهر لونه وخفي ريحه)) ن
Rasulullah bersabda: Minyak wangi bagi lelaki ialah yang harum baunya dan tersembunyi warnanya (kasturi), sedangkan minyak wangi bagi wanita ialah yang zahir warnanya dan tersembunyi baunya (za'faran)

Kasturi pada asalnya terdiri dari tiga warna dan jenis iaitu kasturi putih, kasturi hitam dan kasturi asli (warna kuning). Kasturi asli (warna kuning) diolah lagi di mana bagi menarik perhatian pembeli dan pengguna.

a) Kasturi asli telah diolah warnanya menjadi warna susu, pink dan hijau susu (atau digelar kasturi susu).

b) Kasturi putih diolah menjadi bauan ros menjadi bauan ros seperti kasturi rose dimasyq.

c) Kasturi hitam pula kini terdapat dalam bentuk kasturi gaharu, cendana, senduduk dan anbar.

Walauapapun, yang penting ianya haruslah dibuat dari kasturi kerana bau badan Rasulullah dan keluarganya sendiri berbau kasturi. Ini dikuatkan dengan cerita di mana sahabat nabi datang ke rumah cucu rasulullah ketika beberapa purnama baginda wafat, cucunya masih mengenakan bauan haruman kasturi sebagaimana yang rasulullah selalu gunakan.

Antara khasiat dan kelebihannya:
-Menghindarkan dari angin Ahmar
-Menghilangkan sakit kepala
-Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
-Darah gemuruh
-Sesak nafas
-Selsema
-Hysteria
-Menyejukan badan
-Melembutkan kulit
-Urut sakit sendi
-Rawatan luka luar dan dalam
-Sengatan serangga

Nabi SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).

Doa memakai haruman kasturi:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلَّلهُمَّ صَلَّى عَلَى سَيِّدنَا مُحَّمَدٍ


Cara Pemakaian Kasturi

Menurut Syaikh Fakhrul Ridzha Al-Khiyami an Naqsyabandi, pesakit yang terkena sihir hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah::

20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.:
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.

Manakala menurut Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman, asas pemakaian kasturi mengikut sunnah ialah kasturi disapu di baju atau ihram dan juga di kening.

Menurut Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin asas pemakaian kasturi mengikut sunnah ialah kasturi disapu di baju atau ihram dan juga di kening dan penambahan satu kawasan iaitu menandakan kasturi dipergelangan kedua tangan. Pusing mengikut tawaf kaabah (anti-clock wise).
Untuk tempahan sila email:

Kesimpulan

Dengan berdasarkan sanad, maka amalan itu adalah berhampiran dengan perbuatan Nabi Muhammad.
1. Pencerahan amalan sanad Madu, Air Zam-zam dan Kasturi oleh: Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman sanadnya terus kepada As-Sayyid Alawi Al-Maliki Al-Hasani.
2. Pencerahan amalan sanad Madu, Air Zam-zam dan Kasturi oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki.

Rawatan Badi

Menurut kepercayaan orang Melayu, badi merupakan satu malapetaka dan musibah yang berpunca dari binatang, tumbuhan dan mayat. Mereka mempercayai bahawa sebahagian binatang hutan mempunyai badi, oleh itu berbagai-bagai petua diamalkan terutamanya ketika ingin menjerat pelanduk, ayam hutan, kancil, rusa, kijang, burung wakwak dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan pohon herba ubat-ubatan seperti kacip fatimah, tingkat ali, buluh perindu dan lain-lain lagi. Mereka mempercayai segala benda di dalam hutan itu dijaga oleh jin atau makhluk halus. Sering berlaku keganjilan dan keanehan apabila menghadapi situasi berkenaan.

Dalam kepercayaan sesetengah orang Johor pula, orang yang sakit tidak boleh dilawati oleh orang yang lemah semangat kerana akan terkena badi. Antara simptom paling ringan apabila terkena badi mayat ialah sakit bahagian belakang badan selepas melawat orang mati.

Menurut kepercayaan orang-orang tua, untuk mengelak terkena badi mayat ialah dengan menukar pakaian terlebih dahulu sebelum balik ke rumah atau sebelum masuk ke dalam rumah. Kalau boleh, terus mandi atau sekurang-kurangnya membasuh muka dan kaki, lebih Islamik lagi ialah berwuduk atau mandi hadas besar sebelum masuk rumah. Ini kerana dipercayai makhluk halus itu mengekori seseorang selepas menziarahi mayat atau selepas berburu dan selepas mencari herba tumbuhan di hutan. Adalah dipercayai, jika seseorang itu kuat semangat, maka makhluk halus itu akan mengganggu isi rumah orang tersebut.

Memang sukar dipercayai apabila melihat seseorang yang baru balik menjerat burung wakwak tiba-tiba demam panas, terketar-ketar, tidur dalam resah, selalu sedih, merasakan benda aneh dan lain-lain lagi. Begitu juga halnya dengan orang yang baru pulang menziarahi mayat, hilang selera makan, terbayangkan mayat, menyebabkan dirinya meracau sendiri.


SIMPTOM AWAL BADI

Dari pengalaman Muallij Mustaqim, terdapat petanda awal terkena badi. Saya cuba susunkan secara peringkat yakni simptom awal badi biasanya:

a. Terasa lenguh atau sakit di belakang badan
b. Tidak boleh tidur malam
c. Hilang selera makan
d. Terbayang sesuatu sama ada mayat atau binatang buruan atau pokok herba yang dikumpulkannya itu.
e. Tidur ditindih bayang
f. Demam panas
g. Terketar-ketar

ADAKAH BADI ITU KHAYALAN ATAU NYATA?

Badi itu sebenarnya telah wujud sejak berkurun lamanya malah di dalam zaman Rasulullah sendiri pernah berlaku.
Dalilnya, Imam Muslim meriwayatkan dalam sahih nya dari Abu As-Sa’ib yang pernah menjadi hamba sahaya Hisyam bin Zuhrah, ia berkata; “saya pernah masuk menemui Abu Said Al-Khudri lalu aku menemui dia sedang solat. Kemudian aku duduk untuk menantikan hingga ia selesai mengerjakan solat. Tiba-tiba aku mendengar bunyi sesuatu yang bergerak di bawah tempat tidur rumahnya..rupa-rupanya seekor ular, lalu aku berdiri untuk membunuhnya. Akan tetapi Abu Sa’id memberikan isyarat supaya aku tetap saja duduk di tempatku.
Setelah selesai mengerjakan solat ia memberikan isyarat kepadaku tentang sebuah rumah yang berdekatan dengan rumahnya lalu berkata : “Tahukah kamu tentang rumah itu?” Aku menjawab: “Ya”. Ia berkata lagi: “Rumah itu dahulunya pernah tinggal seorang pemuda yang baru saja menikah,kemudian dia pergi bersama Rasulullah untuk ikut dalam perang Khandaq.

Ketika sedang bersama Rasulullah tiba-tiba pemuda itu meminta izin sambil berkata: “Ya Rasulullah, izinkanlah aku untuk menepati janjiku kepada isteriku”. Rasulullah pun mengizinkannya serta berkata: “Bawalah senjatamu, kerana aku bimbang terjadi serangan dari Bani Quraidah terhadap dirimu”.

Kemudian pemuda itu pun pergi menemui isterinya yang secara kebetulan pada saat itu ia melihat isterinya sedang berdiri di antara 2 pintu (pintu di muka rumah). Lalu pemuda itu dengan segera ingin memanah isterinya kerana rasa cemburu. Akan tetapi isteri pemuda itu berkata: “Janganlah kamu bersikap terburu-buru sehingga terlebih dahulu kamu masuk dan melihat apa yg ada di dalam rumah”. Pemuda itu pun masuk dan melihat ada seekor ular yang sedang berlingkar di atas tempat tidurnya, lalu pemuda itu pun melepaskan anak panahnya kepada ular tersebut.

Kemudian pemuda itu bergembira dan melemparkan ular itu di halaman rumah. Ular itu menggeliat di hujung panah dan ketika itu juga pemuda itu tersungkur lalu mati. Tidak diketahui entah mana yg dulu mati, apakah ular atau pemuda itu. Setelah peristiwa ini disampaikan kpd Rasulullah, maka Rasulullah saw bersabda yg maksudnya:

“Sesungguhnya di Madinah ada jin yang telah masuk Islam, kerana itu jika kamu melihat sesuatu dari mereka maka izinkanlah 3 hari. Jika masih kamu melihatnya setelah itu maka bunuhlah,kerana dia adalah syaitan’ (Hadis Riwayat Muslim)

TIPS ELAK BADI

Sebelum masuk hutan atau menziarahi mayat atau merawat pesakit badi, baca:

a. Baca Al-Fatihah
b. Ayat Kursi
c. Muawwizatain (Surah An-nas dan Al-Falaq) dan Surah Al-Ikhlas
Baca ayat di atas dalam kedudukan menghadap kiblat sambil memohon perlindungan dari Allah. Jika baru pulang dari hutan atau rumah jenazah, baca ayat berkenaan sebelum masuk rumah. Jika terasa sukar atau tersangkut-sangkut bacaannya ketika sampai di rumah, eloklah rehat di luar dahulu, minum air atau solat sunat di luar rumah. Baca sekali lagi, jika tiada sangkut-sangkut, maka bolehlah masuk ke dalam rumah dengan membaca doa ini

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلُجِ وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا وَ بِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا وَعَلَي اللهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا

Dan diakhiri dengan salam.

RAWATAN ASAS TERKENA BADI (Lakukan Pada Keluarga Anda Sendiri)

Badi Mayat: Ambil tanah tempat tanamnya mayat tersebut, letak di tapak tangan dan baca Al-Fatihah serta doa penggerak lalu di sapu ke bahagian muka. Doa penggerak ialah:

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.

Dalam masa yang sama ketika sapu itu, dibaca doa penyembuh tanah iaitu:

بِسْمِ اللهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيْقَةِ بَعْضِنَا يَشْفِيْ سَقِيْمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا


Badi Haiwan/Tumbuhan: Sama seperti di atas bezanya cuma tanah yang diambil itu mestilah tanah jalan masuk ke hutan.

Jika simptom berlarutan hingga tahap meracau, maka tanah tadi di ambil 3 genggam untuk dimandikan. Kaedahnya sama seperti di atas tetapi bezanya tanah tadi dibuat mandi. Mandi selepas waktu maghrib sebanyak 3 maghrib berturut-turut.

Untuk meredakan mereka yang terkena badi dari meracau tidak tentu masa, cuma berselawat sahaja di telinganya. Selawat sama ada selawat thibb, selawat tafrijiah, selawat Ibrahimiah, selawat anwar, selawat fatih dan lain-lain selawat. Kemudian urut perlahan-lahan bahagian kejang seperti mata, telinga, kaki, kepala, leher, badan, belakang badan dan lain-lain lagi.

اَللَّهُمَّ صَلِّى صَلاتًا كَامِلَةً، وِسَلِّمْ سَلَامًا تَآمًا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْقُرَبُ، وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَآئِجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَآئِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيمِ، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْم، وَعَلَى اَلِهِ وصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ


Insya Allah.
Namun, jika simptom terus berlanjutan, segeralah jumpa perawat Islam.

Suasana dalam Pusat Rawatan




Ini adalah suasana dalaman Pusat Rawatan Islam,ia adalah untuk keselesaan para pengunjung yang menunggu untuk mendapatkan rawatan

Friday 21 October 2011

selamat berkunjung ke laman web ini

Pusat Rawatan Islam Darul Quran Wal-Hadis dibuka dengan rasminya pada 01/10/2011 yang lalu,sasarannya adalah untuk memberi khidmat kepada masyarakat yang memerlukan dalam bidang rawatan berdasarkan Al-Quran dan Hadis.Ia dibuka setiap hari melainkan hari jumaat dan sabtu untuk jualan dan rawatan setiap mlm kecuali mlm jumaat.