Saturday 22 October 2011

Air Zamzam,Madu dan Kasturi

Pendapat tentang ayat benteng dari sihir.

Dari Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki memberitahu, sihir itu jelas memang ada dan terjadi dalam masyarakat dunia khususnya di Malaysia ataupun Indonesia.

Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki belajar dengan pendapat orang-orang yang tahu tentang sihir, yang sudah mengenali sihir, yang mengenali jampi-jampi dan sihir serta yang mengenali alam jin dan alam ghaib, tidak ada yang paling berkesan selain daripada Manzil dengan membaca setiap pagi, petang dan malam. Pada sebelah malam, dibaca surah ad-Dukhan. Juga boleh digunakan hizib-hizib dan aurad-aurad dibaca sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Pendapat tentang khadam dan pendamping dari Jin.

Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki dengan keras mengatakan, jangan meminta tolong dengan jin walaupun jin itu mendakwa dia adalah wali kerana misi jin ini agar manusia lupa daratan, lupa hukum, leka, bongkak, sombong dan masuk neraka. Jin mempunyai sifat iri hati kepada manusia sejak dari kejadian Adam. Jin yang menganggu kehidupan manusia, yang berkawan dengan manusia dan juga memusnahkan hidup manusia adalh jin islam yang fasik apatah lagi yang kafir yang jelas-jelas diri jin itu adalah syaitan! Jin yang baik tidak akan mengganggu hidup manusia dan tidak mahu bersahabat dengan manusia kerana larangan Allah dalam surah Al-Jin itu sendiri.

`Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." - Surah Al-Jin:6

Berdoalah terus kepada Allah dan hanya meminta tolong dariNYA kerana dalam masa yang sama, malaikat-malaikat akan berdoakan memohon keampunan kepada kita. Lihatlah, berapa banyak darjat kita diangkat bila kita hanya memohon pertolongan dari Allah.

Renungan bersama dari Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki: Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.

Madu, Air Zam-zam dan Kasturi

Seterusnya, kita teruskan tajuk Madu, Air Zam-zam dan Kasturi. Ini hanya amalan, dan bukan tujuan pengijazahan. Sudut pandangan dan sanad Madu, Air Zam-zam dan Kasturi Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki dan Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman sanadnya terus kepada As-Sayyid Alawi Al-Maliki Al-Hasani dan tidak lupa juga Syaikh Hayat Ali Ridzha Al-Khiyami an Naqsyabandi dalam sanadnya tentang kasturi.

Madu

Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, Surah Al-Nahl: 68 - 69. Ringkasan Ayat ke 69 ini juga menjadi ruqyah bagi madu.

يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ
Maksudnya : “dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia”.

Dalam kitab, “ الحث على حفظ العلم ” oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa :

Maksudnya: “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan”.

" Tiap-tiap penyakit ada ubatnya, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan yang haram," demikian pesanan Nabi SAW kepada umatnya.

Suatu ketika Nabi dikunjungi Abu Said Al-Khudry dan mengadukan tentang saudaranya yang sedang sakit. Dia ingin mendapatkan pertolongan Nabi untuk mengubati penyakit itu.

"Minumlah madu," demikian Nabi berpesan kepada Abu Said.

Abu Said segera pulang menemui saudaranya yang sedang sakit lalu mmenyuruhnya mmeminum madu sepertimana pesanan Nabi. Tetapi tidak juga sembuh, malah kelihatan seperti bertambah sakit. Beliau kembali menemui Nabi dan memberitahu keadaan sakit saudaranya itu.
"Allah tetap benar, hanya perut saudara engkau yang berdusta," jawab Nabi SAW kepada Abu Said.

Baginda menyuruh meminum madu itu lagi. Abu Said segera kembali ke rumah dan menyuruh saudaranya meminum madu lagi. Namun sakitnya belum sembuh sehingga diberitahu lagi kepada Nabi SAW dan baginda tetap menyuruh minum madu itu sampai empat kali. Akhirnya sembuh dan Abu Said menemui Nabi memberitahu hasil yang menggembirakan.

"Allah tetap benar, hanya perut saudara kamu yang berdusta," demikian Nabi mengulangi kata-katanya dahulu.

Madu kemudian dikenali sebagai satu ubat yang baik diminum untuk kesihatan manusia. Nabi SAW telah memberitahu kepada umatnya sejak dahulu lagi.

(Doa untuk amalan, dan bukan pengijazahan.
Sanad 1: Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman sanadnya terus kepada As-Sayyid Alawi Al-Maliki Al-Hasani dan
Sanad 2: Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki.)

Air Zam-zam

Dalam Annasoih Addiniah Wal Wasoya Al-Imaniah (Tasauf dan Akhlak) berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas:
"Maknanya, barangsiapa yang minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang saleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).

Air Zam-zam mempunyai keistimewaan yang tersendiri, sehingga Nabi pernah menyebut akan keistimewaan ini.
مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ
Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Adab Minum Air-Zam

1. Menghadap kiblat.
2. Menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebelum minum.
3. Bernafas sebanyak tiga kali ketika minum dan ketika bernafas itu hendaklah di luar bekas atau gelas itu (yakni tidak minum dengan sekali teguk sehingga habis, bahkan minum dengan berhenti sebanyak tiga kali).
4. Minum sehingga kenyang, kerana orang munafiq tidak meminumnya sehingga kenyang.
5. Mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala setelah selesai minum.
6. Setiap kali mengambil nafas ketika minum air zamzam, melihat ke arah Kaabah.
7. Sunat masuk ke tempat perigi zamzam dan melihatnya. Kemudian menggunakan timba yang ada di sana lalu meminumnya serta memercikkan air zamzam itu ke kepala, muka dan dada.
8. Memperbanyakkan doa ketika minum dan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.





Sunat dibaca seperti di bawah ini:

اَللَّهُمَّ إِنَّهُ قَدْ بلَغَنِي عَن نَبِيِّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمْ أَنَّهُ قَالَ : مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ، وَأَنَا أَشْرَبُهُ لِكَذَا،،،،،،،،،

Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya telah sampai kepadaku NabiMu Muhammad saw bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." Dan aku meminumnya supaya…………."

Sesudah membaca seperti di atas, berdoalah lagi untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat, kemudian membaca bismillah, lalu minum dan mengambil nafas sebanyak tiga kali. ‘Abdullah bin ‘Abbas Radhiallallahu ‘anhuma berdoa ketika minum air zamzam:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كلِّ دَاءٍ وَسَقَمٍ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon padaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan sembuh daripada segala penyakit."

Untuk memohon keampunan atau kesembuhan daripada penyakit, bacalah doa seperti di bawah:
أَللَّهُمَّ إِنَّهُ بلَغَنِي أَنَّ رَسُوْلُكَ (صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمْ ) قَالَ : مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ ، اَللَّهُمَّ إِنِّي أشْرَبُهُ لِتَغْفِرَ لِيْ ، اَللَّهُمَّ فَاغْفِرْ لِيْ ، اللَّهُمَّ إِنيْ أشْرَبُهُ مُسْتَشْفِيًا بِهِ مَرَضٍ ، اللَّهُمَّ فَاشْفِنِي
Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa RasulMu saw bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminumnya supaya Engkau ampuni dosaku, Ya Allah ampunilah aku. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminumnya supaya Engkau sembuhkan sakitku, Ya Allah sembuhkanlah aku."

Selepas itu diminum seteguk,kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah. (Doa untuk amalan, dan bukan pengijazahan.
Sanad 1: Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman sanadnya terus kepada As-Sayyid Alawi Al-Maliki Al-Hasani dan
Sanad 2: Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki.)

Kasturi

'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.'





Dari 'Aisyah r.a, "Seorang wanita bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang cara mandi dari haid. Beliau lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Beliau bersabda: "Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah." Wanita itu bertanya, "Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: "Bersucilah dengan kapas itu!" Wanita itu berkata lagi, "Bagaimana caranya aku bersuci?" Beliau bersabda: "Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!" Wanita itu bertanya lagi, "Bagaimana caranya?" Maka Beliau berkata, "Subhaanallah. Bersucilah kamu!" Lalu aku menarik wanita itu kearahku, lalu aku katakan, "Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu." (HR al-Bukhari)

Minyak kasturi amat mewah di Malaysia. Dari yang tiruan hingga ke asli. Juga terdapat berbagai warna dan jenis. Perbezaan antara tiruan dan asli ialah dari segi tahan lama baunya yang kekal lebih 3 jam jika terkena melakukan aktiviti luar dan tahan selama 3 minggu jika disapu dibaju dan tidak dikeluarkan dari almari.

Kasturi - Kenali bauan tubuh rasulullah
Kasturi berasal dari kijang yg besar yang tiada ekor dan tanduk dan diperolehi dari kijang jantan dewasa. Ia terkandung di dalam kandi. Tujuan Allah jadikan kijang ada kandi yang wangi ini ialah untuk tujuan mengawan. Di dalam kandi itu terdapat biji-biji. Apabila kandi atau biji tadi di masak, ia mengeluarkan bau yang wangi.

Cara menguji ketulenan kasturi ialah dengan mencucuk jarum pada bawang putih, kemudian celup pada kasturi, jika bau busuk bermakna kasturi itu tidak asli (kasturi kimia seperti di pasaran dijual RM2-5 sebotol 8ml atau produk komersial seperti Body Shop white musk)

Khasiat kasturi untuk mengubati sawan, histeria, pukau, kelumpuhan, selusuh (mudah bersalin), dan juga tujuan haruman sunnah nabi. Sesungguhnya bau badan nabi itu berbau kasturi.

Dari Abu Hurairah,ia berkata:
قال رسول الله:((طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه,وطيب النساء ما ظهر لونه وخفي ريحه)) ن
Rasulullah bersabda: Minyak wangi bagi lelaki ialah yang harum baunya dan tersembunyi warnanya (kasturi), sedangkan minyak wangi bagi wanita ialah yang zahir warnanya dan tersembunyi baunya (za'faran)

Kasturi pada asalnya terdiri dari tiga warna dan jenis iaitu kasturi putih, kasturi hitam dan kasturi asli (warna kuning). Kasturi asli (warna kuning) diolah lagi di mana bagi menarik perhatian pembeli dan pengguna.

a) Kasturi asli telah diolah warnanya menjadi warna susu, pink dan hijau susu (atau digelar kasturi susu).

b) Kasturi putih diolah menjadi bauan ros menjadi bauan ros seperti kasturi rose dimasyq.

c) Kasturi hitam pula kini terdapat dalam bentuk kasturi gaharu, cendana, senduduk dan anbar.

Walauapapun, yang penting ianya haruslah dibuat dari kasturi kerana bau badan Rasulullah dan keluarganya sendiri berbau kasturi. Ini dikuatkan dengan cerita di mana sahabat nabi datang ke rumah cucu rasulullah ketika beberapa purnama baginda wafat, cucunya masih mengenakan bauan haruman kasturi sebagaimana yang rasulullah selalu gunakan.

Antara khasiat dan kelebihannya:
-Menghindarkan dari angin Ahmar
-Menghilangkan sakit kepala
-Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
-Darah gemuruh
-Sesak nafas
-Selsema
-Hysteria
-Menyejukan badan
-Melembutkan kulit
-Urut sakit sendi
-Rawatan luka luar dan dalam
-Sengatan serangga

Nabi SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).

Doa memakai haruman kasturi:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلَّلهُمَّ صَلَّى عَلَى سَيِّدنَا مُحَّمَدٍ


Cara Pemakaian Kasturi

Menurut Syaikh Fakhrul Ridzha Al-Khiyami an Naqsyabandi, pesakit yang terkena sihir hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah::

20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.:
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.

Manakala menurut Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman, asas pemakaian kasturi mengikut sunnah ialah kasturi disapu di baju atau ihram dan juga di kening.

Menurut Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin asas pemakaian kasturi mengikut sunnah ialah kasturi disapu di baju atau ihram dan juga di kening dan penambahan satu kawasan iaitu menandakan kasturi dipergelangan kedua tangan. Pusing mengikut tawaf kaabah (anti-clock wise).
Untuk tempahan sila email:

Kesimpulan

Dengan berdasarkan sanad, maka amalan itu adalah berhampiran dengan perbuatan Nabi Muhammad.
1. Pencerahan amalan sanad Madu, Air Zam-zam dan Kasturi oleh: Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman sanadnya terus kepada As-Sayyid Alawi Al-Maliki Al-Hasani.
2. Pencerahan amalan sanad Madu, Air Zam-zam dan Kasturi oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki.

No comments:

Post a Comment